Saturday, March 24

Adakah Dia Benar-benar Menyintaiku?

Wowww bagaimana dengan tajuk yang hana pilih kali ini? 
Menarik or tertarik ? :-)

Membuat keputusan paling besar dalam hidup semestinya 
sesuatu yang sukar.  Dalam memilih pasangan hidup juga, 
kita perlu sentiasa reda dengan ketentuanNya disamping 
mengharapkan yang terbaik untuk diri kita dan pasangan.  
Namun begitu, dalam melalui hari-hari yang mendatang,
pasti sedikit sebanyak timbul keraguan.  
  "Adakah dia benar-benar mencintaiku?". Persoalan sebegini 
mungkin bermain di benak fikiran dan sentiasa berkata-kata 
di dalam hati walaupun si dia telah menjadi teman hidup 
hana yang sah.
 Dalam hal ini, harus di akui bahawa setiap individu 
mempunyai cara berbeza dalam menyampaikan isi hati.  
  Ada yang suka berterus-terang melalui kata-kata. Ada yang 
membuktikannya melalui perbuatan atau perilaku.  Dan ada 
pula yang langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi.  
 Kumpulan yang ketiga inilah yang selalunya mengakibatkan 
pasangannya berkecil hati atau terasa seperti tidak 
dihargai sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya.
  Berikut adalah perkara-perkara yang patut hana tahu 
tentang sesuatu yang tidak diduga:
1.  Orang yang mencintai hana tidak perlu memberikan 
alasan punca dia mencintai hana.  Yang dia tahu, di mata 
dia, hana lah satu-satunya....woww
2.  Orang yang mencintai hana mungkin jarang memberikan 
pujian, tetapi didalam hatinya hana adalah yang terbaik 
dan hanya dia sahaja yang tahu....bestnyerrrr
3.  Orang yang mencintai hana mungkin akan marah atau 
mengeluh jika hana tidak membalas pesanan atau 
panggilannya kerana dia ambil berat dan tidak ingin sesuatu 
yang buruk terjadi pada hana.
4.  Orang yang mencintai hana hanya menjatuhkan air 
matanya di hadapan hana.  Ketika hana cuba untuk 
menghapuskan air matanya, hana telah menyentuh hatinya 
dan hatinya selalu berdegup untuk hana.....sayunyaaa
5.  Orang yang mencintai hana akan mengingat setiap kata 
yang hana ucapkan, bahkan juga yang tidak disengajakan 
dan ia akan selalu menggunakan kata-kata itu tepat pada 
waktunya....wowww
6.  Orang yang mencintai hana tidak akan memberikan 
janji apa pun dengan mudah kerana dia tidak mahu 
mengingkari janjinya.  Dia ingin hana mempercayainya dan 
dia ingin memberikan hidup yang bahagia dan aman buat 
selamanya.....romantis nyerrrr
7.  Orang yang mencintai hana mungkin tidak mengingati 
tarikh-tarikh istimewa seperti hari ulang tahun hana 
tetapi dia tahu bahawa setiap detik yang dilalui, dia tetap 
mencintai hana.... bestnyerrr
8.  Orang yang mencintai hana mungkin tidak mahu 
melafazkan 'aku mencintaimu' dengan begitu mudah kerana 
segala yang dia lakukan untuk hana melalui perbuatan 
adalah untuk menunjukkan bahawa dirinya sememangnya 
mencintai hana......TQqqqqq
9.  Orang yang mencintai hana selalunya berusaha 
membuatkan hana tersenyum dan tertawa walaupun 
kadangkala caranya membingungkan.....betul tu!
10. Orang yang benar-benar mencintai hana akan membalut 
hati hana yang pernah terluka dan menjaganya dengan 
setulus hati agar tidak terluka lagi dan dia akan memberikan
hana apa-apa sahaja yang terbaik walaupun ia terpaksa
menyakiti hatinya sendiri.....beruntungnya
Jika si dia yang merupakan teman hidup hana & tergolong 
dalam golongan mereka yang tidak pandai berkata-kata 
tentang sejauh mana dia menyintai hana, maka terimalah 
dia seadanya.  Bersyukurlah kerana dia kini telahpun 
menjadi milikmu.....


1 comment:

Miss Hana Burhanuddin said...

Aku rs semua point 2 ada pada si en.tunang =)

Post a Comment