Tuesday, February 21

Counting the Days....

Baju Eday yang baru amik dari butik..beli ready-made je...

matching x?penat tau nak cari tudung gitu...

Bakul buah yang tak siap-siap.....

Friday, February 10

Da tak tenru hala da nie...


Yeay..! 14 hari lagi. Ala...lambat lagi...relaks la...Lambat??da tak senang duduk da aku sekarang nie.Yela...selagi tak lepas majlis,memang aku tak senang hati.Kalau boleh aku nak semuanye berjalan dengan lancar.semua aku rasa tak kena walaupun mama cakap semuanye da ok..nanti aku akan balas 9 dulang pada pihak lelaki,sebab pihak laki bagi 7 dulang.Banyak kot 9 dulang tu.So nie list barang-barang yang akan aku balas nanti :-
  1. Kain untuk buat baju melayu ( √ )
  2. Buah-buahan
  3. Kek   ( √ )
  4. Cupcake   ( √ ) 
  5. Sirih junjung   ( √ )
  6. Bunga rampai   ( √ )
  7. Coklat
  8. Kuih-muih
  9. Biskut   ( √ )

Hantaran

Kotak Hantaran


Bakul hantaran
Ini lah hantaran yang home-make by aku.hehehe.....sekadar untuk menSavekan kos aku.tapi aku buat nie ikhlas.Cantik x?Mama cakap cantik but aku rasa cam de something missing je.Korang rasa cmne?

Make-up

Anis with her art !


Will be like this..Love it!

Ok...make-up will do by my own Besties [Anis].well die mmg bkn seorang yang pro but she look very nice when she puts the make-up on.so dia la orang yang bertuah dapat makeup aku sbb aku bukan jenis yang suka bermake-up.terasa sangat teruja & terharu bila Besties kita sendiri yang nak make-upkan kita nanti.tenkiu [Anis] !


Baju
baju..aku tak sempat nak amik pic lagi.so baju let it be secret dulu.

Menu

Ayam asam pedas

Sambal goreng ikan bilis

ikan keli berlada

Masak lemak nangka

Ulam-ulaman

So,apa lagi yang kurang?ok..maybe de certain part aku d tulis sebab aku sendiri tak confirm pe bendealah tu.
cam de something missing je..pe eh?Adoyai..!





Sunday, February 5

hampa....

Cetttt...!!!!!!nak tengok wayang!nk tengok wayang!tapi cam xde je org nak bwk.si bf da kua kroke dgn kwn-kwn dia.nk ajak?haram....konon semua lelaki.padahal boleh je bwk kan..aku xtau la lately aku selalu rasa cm terasa ati je dgn die.ke aku yang terlalu emo?adoyai...bila da terasa ati tu,mula nk mengamuk je.then mula update status meroyan bagai.huhu..aku xtau la..mungkin aku perlukan perhatian.kdg2 jelas kot tgk couple len.romantik je.yes..mmg aku bersyukur dpt die as my partner but sometimes we not in the same boat tau.I love to show how happy we are to others,bt die..he more prefer let it be our little secret.that is not me.....n yes...aku hampa....

Saturday, February 4

Saturday..

Its saturday..and yes..im working.tinggal 21 ari lagi untuk aku jadi tunangan orang.nebes?ofcoz la..gila x nebes..cmne la rupe aku nanti.duduk msti kne bersimpuh kepit punya.yela..mak mentua wanna be nk sarung cincin kan.mintak2 la cincin 2 muat.maklum da setahun kot beli tp baru la ni dapat pakai.aku pun da x ingat cmne la rupa cincin aku tu.hehehe....
hari ni bos aku belanja makan kat Killeneys.hilang 1 bos yang sgt sempoi.sedih kot..aku nie dari zero pasal property spai la da agak expert nie.tapi xpe la..da rezeki die kt tmpt len kan.

Friday, February 3

From Zero to Hero???


FROM ZERO ---> INVESTMET --->GAIN MORE MONEY ---> WHEN GET OLD ---> NO DEBTD ---> PLENTY IBADAH !!!


INVESTMENT


MORE




No debts

Terfikir sejenak....



Renungkan...

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin.
Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun.
Juga masih muda. Kami berdua masih belajar.
Jadi, mengapa berkahwin?
Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”
Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami ‘declare’, untuk bersedia untuk berkahwin.
Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain.
Kecewa…? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri.
Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.
Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang.
Pada mulanya, saya ingat sekadar ‘cinta rebound’, tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin.
Pada mulanya, saya ingat satu gurauan.
Akhirnya si dia berani menghubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi.
Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.
Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian.
Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali.
Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.
Simple bukan? Kenapa perlu pening?
Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.
Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?
Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K.
Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.
Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki?
Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.
Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi.
antaran, majlis, belum baju, pelamin.
Tapi cuba fikir, perlu tidak?
Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.
Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada?
Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan.
Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.
Bagaimana pula hukumnya mempamerkan diri (bab aurat dan sebagainya) di hadapan khalayak ramai tatkala bersanding?

Fikir2kan lah sendiri...
“Seganlah. Nanti orang kata apa.”
"Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran.”

Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah.
Pening!!Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.
Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram.
Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu.
Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal.
Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri.
Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.
Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda.
Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta.
Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri.
Buat apa menyusahkan suami?
Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang.
Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.
Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.
Bakal-bakal isteri sekalian,
bersyukurlah dengan suami anda.
Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda.
Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.
Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa.
Berkahwinlah!
Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.
“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN.” (Surah Ar-Rum, 21)
**************************

Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.
Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama.
Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah.
Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500.
Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.
Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar?
Harga lampin pakai buang?
Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting
*************************************************

P/S : Betul tak apa yang dia kata tu?
Perkahwinan hanya sekali sahaja sedangkan kehidupan selepasperkahwinan itu sehingga akhir hayat.

E-day.

Lagi 22 hari lagi aku nk bertunang dgn dia. Excted sangat. Bila dapat beli barang-barang hantaran tu,rasa mcm nk beli semua je. Semua cantik-cantik. theme for my E-day is Purple!My fave calor. Baju da beli,tgl tudung & makeup je blm g. Sadly,my liltle sis yang suppose do the make up,turn out not to do so...feel so disappointed.Yelah..your own tie-blood sister xleh nak tolang of coz la i piss-off...reason?alat makeup xde..padahal,aku tgk byk je brg make up die.nasin baik la de Bestie aku yang sanggup tolong makeupkan...lau x,xtau la pe nk jadi...TENKIU ANIS!hehehehe.........jangan x caya,aku buat gubahan hantaran sendiri,,phewiiittt..!terkejut my future mummy in law nti tgk gubahan menantu (wanna be) die wat gubahan aku.my mom cakap lawa...tapi xtau la...nebes nie nak tau respond mereka-mereka yang lain.Kek n cupkek pun da disetelkan oleh my sis Mislia.kek die wat sedap!n of coz the cupcakes will be so adorable...[hopefully... don't sabotaj me la deary sis]Seyesly,aku nebes...orang cakap if da tunang,dugaannye lain dari bercinta nie.time bercinta pun da gaduh-gaduh,time da bergelar tunangan orang nti cmne la kan?

Taaaddaaaa....nie la hasil tgn org x BERSENI

Hopefully...dapat kek cmni...