Tuesday, April 17

Banyaknye nak tulis.macam-macam aku rasa sekarang nie.macam-macam gak yang jadi pass these few days. Even nak start pun,xtau dari mane.

15.04.2012 (Ahad)
Aku pergi kenduri dengan family aku kat Ampang. Nak kata seronok tue,boleh la. Sebab time tu boleh berkumpul dengan sedara mara & kazen-kazen. Nak di jadikan citer,aku terserempak la dengan WAN..my EX-bf dulu. Wan mane? Oops…Ex-bf de 2 orang name WAN..1 Wan dari Selayang  (mybaby)haha..aku putus dengan wan nie tak tau la pasal pe.tetiba die marah pasal abg angkat aku then kitorang putus.rasa cm bongok je nak sedih2 time tu.tapi memang sedih la…tapi now die da kawin & bahagia da dengan wifey & baby girl die..lg satu  tu Wan dari Hartamas which is my sedara mara also…wadepak!pusing-pusing mmg akan jupe punye. Bila da jupe wat muke cam sial. Siap peril-perli..macam ari tu,tengah huahua dengan kazen-kazen aku yang len,boleh lak die menyampuk..’’ala….dak hana tue nak cari calon yang ensem jek!’’ bodo nye jantan! Ko ingat aku tinggal ko dulu pasal tu ke? Aku tinggalkan ko sebab ko tu Useless!Belagak nak mampus!menghabiskan harta makbapak ko je. MemanG hangin betul ! then ko expect aku nak hidup dengan ko la? Memang tak la.

16.04.2012 (Isnin)
Pagi-pagi da dapat surprise present dari En.Tunang!! yeyeh…die hadiahkan jam yg da lame eku nak..Casia gold! Fevered! Melompat-lompat la keseronokkan..1 umah terjaga bila aku menjerit keHappyan! Sepatutnye aku kerja. Tapi mama aku lak tak sihat. So aku pun amik EL. Kesian aku tengok mama. Lemah je die. Tak penah tengok mama lemah sampai camtu. Mau x lemah..dari kul 3pg sampai kul 7.30pg asyik muntah je. Risau la. Bawak g spital,cek-cek doctor cakap BP die low. Balik dari spital tu, aku pun kemas-kemas umah. Pastu nak piker masak pe..Erm…wat ikan tilapia goring cili + Sup kentang je la senang. Plus En.tunang mmg suke sup kentang,mama lak mmg tak selera makan. So memang seswai aku masak sup kentang. Excited nak makan dengan en.tunang sampai siang tu sanggup tak makan nasi. Tapi petang semalam kan hujan lebat,melarat sampai ke malam. Aku tersangat la hampa bila en.tunang cakap die tak dapat dating. So sentap la…bergaduh-gaduh nie pasal nak makan sama. Sampai die cakap ‘’ok fine..abang redah je hujan nie,lau excident ke p eke tak yah nak nyesal ok..’’. aku memang tengah sentap,terus la menTidokan diri aku. Tanda protes la kononnye..hahaha…ntah pe-pe la pasal tu pun jadi je nak gaduh..so sweet kami nie kan…=)

17.04.2012 (Selasa)
Ari nie aku masuk office. Di sebabkan semalam da EL,haruslah aku amat sibuk ari nie…….

Jam nie la..Tenkiu Cyg!!

Friday, April 13

3 Janji

3 janji saya pada aWak :-
saya akan jadi ..

1. Sahabat, sebaik-baik sahabat
2. Kekasih, sebaik-baik kekasih
3. Isteri, sebaik-baik isteri.

Itu janji saya pada awak sebaik sahaja saya sah bergelar TUNANG awak.
Kasih sayang saya pada aWak sampai ke liang lahad.
Insya Allah.

Hana Burhanuddin.

5 tips untuk selamatkan hubungan cinta yang mulai retak!


Bumi yang mana tak ditimpa hujan! dan langit pula 
tak selalu cerah. Itulah perumpamaan yang kita 
selalu dengar apabila berlaku sesuatu yang buruk 
atau masalah besar yang melanda pada seseorang 
ataupun orang ramai. 

Dalam percintaan juga tidak terkecuali, tetapi 
janganlah terus berputus asa. Kita harus mencari 
jalan penyelesaiannya.

Jika hubungan cinta anda mulai retak tetapi anda 
masih sayangkan kekasih anda, anda cubalah 5 tips 
di bawah ini:

1. Ketika hubungan anda berdua seperti retak, anda 
jangan sesekali bertindak seolah–olah anda ingin 
meninggalkan dia. Jika anda masih sayang, 
tunjukkan dia bahawa anda masih sayang pada dia. 

Jika anda merajuk & dia juga merajuk, hubungan 
anda berdua pasti akan berakhir. Seseorang perlu 
berkorban dan jika anda sayangkan dia, anda perlu 
berkorban perasaan merajuk anda dan mula 
memujuk dia.

2. Jika anda mahu selamatkan hubungan anda berdua, 
anda perlu buka ruang untuk berkomunikasi. Selagi 
ada komunikasi antara anda berdua, hubungan anda 
berdua pasti ada peluang untuk diperbaiki.

3. Anda perlu faham bahawa hubungan cinta perlukan 
usaha untuk menjayakannya. Antara usaha yang boleh 
anda buat adalah buang ego, menyayangi dia dengan 
lebih baik, hormat dia dan lakukan apa sahaja 
untuk menyelamatkan hubungan anda berdua.

4. Jika anda perasaan, pasangan anda juga ada 
perasaaan. Apa yang dia rasa mungkin berbeza 
dengan anda. Anda boleh selamatkan hubungan anda 
dengannya jika anda mula bekerja untuk memahami 
perasaan dia. Fahami perasaan dia dan berikan 
apa yang dia mahu.

5. Tips terakhir adalah jangan fikir susah. Anda 
perlu berfikir positif jika anda mahu 
menyelamatkan hubungan cinta anda berdua.

Hargailah pasangan anda!

Tuesday, April 10

EN.TUNANG SAYA




4 cara buatkan seorang lelaki mencintai wanita!


Ada yang bertanya, macam mana nak kekalkan hubungan cinta...
ada yang bertanya bagaimana nak buatkan si lelaki semakin
sayang kat dia... ada yang bertanya juga, bagaimana nak
buatkan lelaki selalu sms dia dan banyak lagi pertanyaan
pertanyaan yang diajukan kepada saya. nanti kalau senaraikan
satu persatu takut anda boring pulak.
Heheheh :)

Jadi untuk memudahkan keadaan lagi, saya rasa ada baiknya
saya berkongsikan 4 cara untuk buatkan lelaki lebih mencintai
wanita:

Pertama: Berhenti jual mahal.
 Untuk membuatkan lelaki yang anda sayang terpikat dengan anda, 
anda perlu berhenti jual mahal dan beri dia ruang untuk hampiri 
anda. Lelaki selalunya akan mula jauhi wanita yang selalu jual 
mahal. 
Ada juga yang tidak pernah putus asa tetapi dia akan mula jauhi 
anda apabila dia terjumpa wanita yang boleh menerima dia. 
Berikan dia peluang untuk buktikan cinta dia terhadap anda.
  
Kedua: Jangan terlalu berharap memiliki lelaki yang sempurna.
 Lelaki yang sempurna tidak wujud tetapi anda boleh wujudkan 
lelaki sempurna untuk  diri anda. Anda boleh bantu lelaki yang 
anda suka untuk jadi lelaki sempurna buat diri anda. Dari sini, 
anda akan dapat cinta yang suci dari pasangan anda.
  
Ketiga: Sentiasa menjaga penampilan diri.
Apabila anda jaga penampilan diri dari segi pakaian dan tutur 
kata, lelaki akan hormat pada diri anda. Seterusnya lelaki akan 
mula berminat untuk hampiri anda dan berikan anda cinta yang 
ikhlas. Jika anda bersihkan diri dan hati anda, anda pasti akan 
terima cinta yang suci dari seorang lelaki.
  
Keempat: Berikan peluang pada setiap lelaki yang ingin hampiri anda.
 Apabila ada lelaki yang  ingin hampiri diri anda, berikan dia 
peluang untuk kenali diri anda. Saya pasti, akhirnya anda akan 
dapat menemui cinta sejati dari lelaki yang benar–benar ikhlas 
ingin menjaga dan mencintai diri anda

kOSONG

Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu
Segala kata cacian
Yang
telah engkau berikan
Membuatku rasa
Kosong… kosong
Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara
putar belitkan
Kau jadikan diriku
Kosong… kosong
Kini aku bangkit
Membuktikan
yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar
Kosong… kosong

Saturday, April 7

I love U adalah ungkapan cinta yang paling banyak
digunakan untuk mengekspresikan rasa cinta pada
sang kekasih. Namun, ungkapan ini tidak boleh
diucap sebegitu sahaja kerana ia adalah ungkapan
penuh dengan emosi kasih sayang dan cinta.

Berikut adalah beberapa cara untuk berkata I love U:

1. Mulakan bersembang dengan pasangan anda. Kemudian,
anda bawa topik perbualan kepada perkara yang boleh
membuatkan mood dia tenang.

Apabila dia tenang dan anda dapat rasakan dia sayang
pada anda, anda ucapkan kata I love U dengan segera.
Dia pasti akan terkejut dan mula memberi tindak
balas positif.

2. Anda senyap dan biarkan dia bercerita apa yang
dia mahu. Anda dengar apa yang dia sampaikan dengan
kasih sayang. Kemudian, apabila perasaan kasih sayang
anda sampai kemuncak, anda senyapkan dia dan pandang
tepat pada matanya serta sebut I love U.
  
3. Selain gunakan mulut, anda juga boleh luahkan
perkataan I love U melalui perbuatan. Korbankan apa
yang perlu untuk bahagiakan dia juga salah satu
cara untuk anda berkata I love U. Anda luahkan kata
cinta melalui sekecil – kecil perbuatan hingga
sebesar – besar perbuatan.

4. Ungkapkan kata I love U ketika anda sedang bergurau
senda dengan dia juga adalah masa yang tepat juga. Ini
kerana, mood anda berdua lebih terbuka untuk menerima
apa yang ingin disampaikan pasangan.

Im not gorgeous!

I'm not hot or gorgeous. I don't have an amazing figure or a flat stomach. I'm far from being considered a model but, I'm me. I eat food, I have curves, I have more fat than I should, I have scars, inside and out, I have a history. Some people love me, some like me, some hate me. I have done well, I have done badly. I love my body and I go without make-up and don't get my hair or nails done when I should. I'm random and crazy; I don't pretend to be someone I'm not. I am who I am, you can love me or not. I won't change!! And if I love you, I do it with ALL my Heart!!

Wednesday, April 4

Jenis-jenis yang tak boleh jadi suami.

  1. 1.        Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama.
  2. 2.       Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.
  3. 3.       Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik.Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan.Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya.
  4. 4.       Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya.Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya. Dia cuma beri “benih” sahaja.
  5. 5.       Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.
  6. 6.      Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.
  7. 7.       Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami mahu seks tiap2 malam dan suka liwat saya.
  8. 8.       Suami tetap ‘mahu’ walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.
  9. 9.      Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.
  10. 10.    Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan. Namun, saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama jenis.
  11. 11.      Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga apabila asyik bercinta dengan “maknyah”.
  12. 12.     Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar dalam saya… Rupa2nya dahulu dia “maknyah” dan berkahwin dengan saya kerana menuruti kehendak emaknya.
  13. 13.     Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik sahaja dilahirkan dahulu.
  14. 14.     Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka si anak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya. Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.
  15. 15.     Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa dia suruh saya masak macam biasa. Anak2 keliru melihat gelagat bapa mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk “contoh” lain.
  16. 16.    Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanjaa untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3 tahun dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh..
  17. 17.     Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x seminggu dan rumah tidak boleh bersepah… walaupun saya sedang sarat mengandung..
  18. 18.     Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami jemput, kalau tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak.
  19. 19.    Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan anak kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkan kereta kesayangannya.
  20. 20.   Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau suami sanggup bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya yg berselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad. Terpaksalah saya menyara anak2.
  21. 21.     Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata ‘takde duit’. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan saja gelagat. Nak tengok sampai setakat mana ‘lemaknya’.
  22. 22.   Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka 1-10,letak di dalam mangkuk buat cabutan. lepas tu kalau ada nombor yg mengena, 2-3 hari tak keluar bawak teksi.
  23. 23.   Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari bomoh, lepas itu tanam macam2 jenis tangkal, mesti dia nak pergi ‘bersangkak’ .
  24. 24.   Sewaktu bercinta mmg saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya digadaikan. Orang datang tuntut hutang perkara biasa ~ pernah rumah kami dibaling tahi.
  25. 25.   Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri lain dan anak masih kecil. Rupa2nya selama ini emak tahu arwah suka kahwin cerai di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidak menganggu hidupnya.
  26. 26.   3-4 bulan suami ‘hilang’ itu perkara biasa. Kadang2 sampai setahun. Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti. Biasanya, dia kena ‘serkup’ waktu tengah tarik ganja dengan kawan2.
  27. 27.   Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang dah ada tanda2 HIV.
  28. 28.   Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi, saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling barang2 rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.
  29. 29.   Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil. Mula2 cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2 ribu. Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya sara anak sementara dia di dalam penjara.
  30. 30.   Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan. Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik negeri. Dengar khabar dah dapat anak luar nikah.
  31. 31.     Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang kerja sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja kilang nak sara anak2.
  32. 32.   Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding2kan kehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan hati saya selama ini?
  33. 33.   Kami memang miskin. Saya buat macam2 benda untuk tambah pendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang, upah sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi “jaga”.. siang dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi.
  34. 34.   Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab. Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat “gigitan cinta” perempuan lain di badannya.
  35. 35.   Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja besar. Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai. Tetapi selepas pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang. Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya dia mati seorang diri di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya di urus abang saya dan pihak hospital.
  36. 36.   Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat, suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan2 macam orang muda… sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya di rumah sorang diri terkial-kial menguruskan anak.
  37. 37.   Walaupun sudah lama masuk Islam… mandi hadas? Saya masuk Islam kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan. Dia sendiri pun tak pernah buat.
  38. 38.   Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil, dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan silap haribulan berendam airmata…
  39. 39.   Selepas 15 tahun berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah. Dahulu ‘isteri’ sekarang ‘pengurus anak-anak’. Hubungan dengan suami amat dingin. Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan seks hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang ‘terhegeh-hegeh’ . Saya pelik benar kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain.
  40.  

Tuesday, April 3

Double Date

Double date…seronok kot. Ari sabtu lepas, aku kuar deting dengan Fitri. Kawan die – Jambu pun ada. Apsal name die Jambu? Ntah la..tak dan nak interview apsal name die Jambu. Maybe sebab die memang JAMBU kot?huahua…sorry.^.^
Kami bertiga..opss…berempat pegi The Curve kat One Utama tu. Plan nak tengak wayang. And aku da semangat da nak tengok citer 7 Petala Cinta tu. Siap da usha showtime kat tenet da. Tapi last-last tengok citer Jangan Pandang-Pandang. Erm….rasa cam nak merajuk je time tu,tapi disebabkan takmo rosakkan mood,aku tengok je la..ok la citer tu. If nak gelak-gelak hiburkan ati citer tu memang seswai.
Pas tengok wayang tu,meronda-ronda la dalam tu. Kebetulan de motorshow..so leka la laki aku tu tengok moto. Dan aku memang tak boleh duk satu-satu tempat tu lame-lame,aku pun blah la dari situ then die usha barang kat street market. Banyak giler barang-barang korea kt sane. Da fitrah pompuan,x sah la kalau aku da membeli kat sane. Aku beli kasut (kasut lagi…),gelang & t-shirt superman untuk laki aku. Leka tengok bershopping punya pasal,sampai tak dengar yang laki aku dok call-call…hehehe…bila terjumpa dalam street market tu,mula die wat muka risau die tu..hehe..dan aku pun tunjuk muka tak bersalah..tada…’’syg belikan cyg baju superman..!’’ terus senyum…
Bila da jalan merata,haruslah rasa lapar..tak tau nak makan pe. Tanya jambu dengan awek die tu,dorang cakap pe-pe je la..adoi..nak piki makan pun susah. Aku bila lapar secara autonye teringat kat Mekdi. Aku pun Jom Mekdi. Nyum-nyum…lame tak makan chicken spicy dulex  tu..(eh betule spelling ye camtu..lantak la). Laki aku if makan mekdi,memang da tau da aku nak makan pe.tak dan nak cakap,da hilang g beli. Cettt…tapi best sebab mood romantic die de lak time tu…die suap makan eskim…wa…bestnye…nak selalu camtu boleh tak cyg? ^.^ . then aku belikan mama cupcake dari Cupcake Chic tu..konon nak bodek la tak kasi marah sebab lambat sampai umah..hahaha..
fokuskan laki i bawak kete..=)

Wa...moto tu lagi besar dr cyg I...

For my mummy..
Haaa...ini la JAMBU..Jambu x?

Lepak-lepak…pastu da nak balik.. uh..rasa cam kejap je dating (walhal dari pukul 2pm-6pm tu). Sampai rawang pukul 8 lebih. So straight balik umah je. Teman mama kat umah lak. Laki aku kuat berkareoke lak dengan Ali & the geng. Hati sentap nie..tapi layankan aje. Ahad..duk umah je..rehatkan diri.
                                                       ~The End~

Double Date

Double date…seronok kot. Ari sabtu lepas, aku kuar deting dengan Fitri. Kawan die – Jambu pun ada. Apsal name die Jambu? Ntah la..tak dan nak interview apsal name die Jambu. Maybe sebab die memang JAMBU kot?huahua…sorry.^.^
Kami bertiga..opss…berempat pegi The Curve kat One Utama tu. Plan nak tengak wayang. And aku da semangat da nak tengok citer 7 Petala Cinta tu. Siap da usha showtime kat tenet da. Tapi last-last tengok citer Jangan Pandang-Pandang. Erm….rasa cam nak merajuk je time tu,tapi disebabkan takmo rosakkan mood,aku tengok je la..ok la citer tu. If nak gelak-gelak hiburkan ati citer tu memang seswai.
Pas tengok wayang tu,meronda-ronda la dalam tu. Kebetulan de motorshow..so leka la laki aku tu tengok moto. Dan aku memang tak boleh duk satu-satu tempat tu lame-lame,aku pun blah la dari situ then die usha barang kat street market. Banyak giler barang-barang korea kt sane. Da fitrah pompuan,x sah la kalau aku da membeli kat sane. Aku beli kasut (kasut lagi…),gelang & t-shirt superman untuk laki aku. Leka tengok bershopping punya pasal,sampai tak dengar yang laki aku dok call-call…hehehe…bila terjumpa dalam street market tu,mula die wat muka risau die tu..hehe..dan aku pun tunjuk muka tak bersalah..tada…’’syg belikan cyg baju superman..!’’ terus senyum…
Bila da jalan merata,haruslah rasa lapar..tak tau nak makan pe. Tanya jambu dengan awek die tu,dorang cakap pe-pe je la..adoi..nak piki makan pun susah. Aku bila lapar secara autonye teringat kat Mekdi. Aku pun Jom Mekdi. Nyum-nyum…lame tak makan chicken spicy dulex  tu..(eh betule spelling ye camtu..lantak la). Laki aku if makan mekdi,memang da tau da aku nak makan pe.tak dan nak cakap,da hilang g beli. Cettt…tapi best sebab mood romantic die de lak time tu…die suap makan eskim…wa…bestnye…nak selalu camtu boleh tak cyg? ^.^ . then aku belikan mama cupcake dari Cupcake Chic tu..konon nak bodek la tak kasi marah sebab lambat sampai umah..hahaha..
fokuskan laki i bawak kete..=)

Wa...moto tu lagi besar dr cyg I...

For my mummy..
Haaa...ini la JAMBU..Jambu x?

Lepak-lepak…pastu da nak balik.. uh..rasa cam kejap je dating (walhal dari pukul 2pm-6pm tu). Sampai rawang pukul 8 lebih. So straight balik umah je. Teman mama kat umah lak. Laki aku kuat berkareoke lak dengan Ali & the geng. Hati sentap nie..tapi layankan aje. Ahad..duk umah je..rehatkan diri.
                                                       ~The End~

Monday, April 2

Jatuh Cinta..Korang Penah??


Korang  pernah dilamun cinta sebelum 
ini? Kalau dah pernah mungkin korang rasa biasa2 
je kot. Tapi jika belum pernah atau sedang 
menghadapinya, aku rasa eloklah lihat apa 
yang aku nak kongsikan nie. 
So.aku nak kongsikan 12 simptom2 mereka 
yang sedang di lamun cinta.

1. Korang rasa anda seperti kenal dia sudah lama, 
padahal korang baru kot kenal akan dia. korang 
dapatkan rasa keserasian yang timbul antara korang 
dan dia. Korang rasa camtu sebab korang tertarik 
sepenuhnya pada dia.
  
2. Korang mula dahagakan senyuman dari si dia.
  
3. Korang boleh bekerjasama dengan dia dan korang 
juga sedia bekorban untuk memastikan kerjasama 
itu berlaku.

4. korang berdua mempunyai rasa yang sama iaitu 
mempunyai minat yang sama dan secara perlahan 
– lahan, korang mula luahkan apa yang korang rasa 
kepada dia. (padahal..korang minat benda tu pun sebab dia yang minat)
  
5. u guys sentiasa teringatkan dia. Bahkan segala 
perkara yang korang buat, mesti de kaitan dengan 
dia.
  
6. Ha..yang bahaya..korang hanya nampak sifat baik dia sahaja. 
Walaupun korang tahu dia ada sikap jahat, korang 
menolak sikap jahat tersebut dan sedia menerima 
dia seadanya.
  
7. korang rasa tenang dan rasa lebih yakin apabila 
bersama dengan dia.
  
8.korang mula ketagih untuk luangkan masa bersama
– sama dengan dia. Padahal korang sibuk nie but korang tetap nak cari mase
Nak jumpa die. 

9. Tiba – tiba sahaja korang jadi jiwang and  minat untuk dengar 
lagu cinta.
  
10. korang mula membayangkan masa hadapan korang 
berdua sebagai pasangan hidup. Korang gak planning 
macam-macam  aktiviti untuk dilakukan 
bersama – sama.
  
11. korang mula rasa sayang teramat pada dia. – Angau!
  
12. korang mula berkongsi perkara yang berlaku 
dalam hidup anda dengannya..

13. SMS, BBM, Whatsup tak henti-henti 24/7 sebab rindu bagai nak rak.
Padahal,baru je jap tadi jumpe. (ha..ini memang macam aku…)


Jika KORANG semua ada mengalami tanda2 seperti di atas
tu, memang benarlah KORANG memang sedang angau 
dilamun cinta... 

Cinta yang murni itu, lahir dari hati yang suci :)