About Me

My photo
Petaling Jaya, Malaysia
Love the Elegance yet Simple things. Love Google!c0z..all u need everything in here.

Friday, July 29

Friday - 29.07.2011 - A day after the match..

As we know...malam tadi kita kalah 1-1 kepada singapore dalam sesi kelayakan ke piala dunia peringkat asia.singapore menang agregad 6-4 dengan malaysia.Gol tunggal kita telah dijaringkan oleh pemain kebanggan malaysia,Safee Sali.Tersingkor di pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 dengan agregat 6-4 selepas seri 1-1 dalam aksi timbal balik menentang Singapura, malam tadi adalah keputusan yang tidak adil buat ketua jurulatih negara, Datuk K Rajagobal.Ini kerana pemain Singapura kendalian Radojko Avramovich lebih gemar ‘berlakon’ seperti kecederaan untuk melengah-lengahkan permainan, babak pertama berakhir 0-0.tapi kedudukan berubah pada separuh masa kedua. Bermula dengan gerakan pemain sayap lincah, S Kunanlan bijak memperdayakan dua pemain Singapura melorongkan bola kepada Safee yang merembat deras menewaskan penjaga gol Mohamad Izwan Mahbud di minit ke-57.Dengan gol itu,penyokong harimau malaya bersorak kegembiraan bagai nak pecah stadium malam tadi.tapi kegembiraan penyokong harimau malaya tidak berkekal.ini kerana hanya memerlukan satu gol lagi pintu gol dibocori di minit ke-72 hasil percubaan pemain natrulisasi dari China, Shi Jiayi sekali gus menyentap semangat juang anak buah Rajagobal. Harimau Malaya hanya memerlukan satu gol lagi untuk mengikat agregat 5-5 itu.namun kita harus berbangga kerana penjaga gol kita,Khairul Fahmi berjaya menangkis beberapa cubaan tendangan pada dari pemain singapura.Walaupun kita kalah tapi saya rasa kita kalah secara bermaruah.ini kerana pemain kita bermain secara habis-habisan sehinggan minit terakhir pelawanan.

Penjaga gol,Khairul Fahmi tangkas menjaga gawang gol malaysia

No comments:

Post a Comment