Haha..ari nie aku nak kongsi pe yang aku baca dalam blog ini :http://www.rancangkahwin.com/
Nak Kahwin, Ingat Senang Ke? Banyak Yang Perlu Kita Uruskan! Dijamin Lebih 80% Pening Ketika Menguruskan Majlis Perkahwinan Mereka!
Assalamualaikum buat sahabat yang bakal melangsungkan perkahwinan...
Kahwin! woww satu 'ayat mudah' yang semua orang suka bukan?? Siapa yang tidak mengimpikan dapat berkahwin dengan insan yang dikasihi dan disayangi (couple) dan ingin sehidup semati dengannya.
Memang kena kahwin cepat, apatah lagi selepas anda tamatkan study di universiti. Biar lama-lama, nanti kena 'sambar' orang pula buah hati anda...
Memang la anda nak kahwin kan, tapi banyak yang anda fikirkan seperti di bawah...
Ni Lagi Menyerabutkan Fikiran Anda! Bukan Satu Dua Hal Perlu Difikirkan..
· Modal tak cukup tapi nak kahwin jugak? Mana nak cekau duit ni? Dah la baru dapat kerja..
· Tak tahu apa yang nak dimulakan dulu? Apa ye nak dibuat dahulu? Terus beli barang kahwin? Buat hantaran? Ah, tak tahulah!!
· Macam mana nak jimatkan masa tanpa perlu ambil banyak cuti sebelum kahwin? Nak cuti, dapat ke cuti panjang untuk kahwin nanti?
· Kat mana nak ambil borang kebenaran kahwin? Pergi mana ye? Pejabat tok kadi?
· Kat mana nak cari Mak Andam? Nak ambil maknyah ke mak andam "pure". Takut juga kena tipu!
· Kat mana nak tempah caterer yang servis bagus & murah? Yang penting tak lari bajet dan makanan pula sedap..
· Baju & warna apa yang sesuai dengan bajet? Warna hijau merah? Ungu? Tak tahu la yang sesuai dengan saya..
· Photographer mana yang sesuai, murah & available? Ke nak suruh adik je ambil gambar..
· Siapa yang sanggup jadi pengapit dari sebelum hingga habis majlis? Siapa yang sesuai ye?
· Barang hantaran nak bagi berapa jenis & nak upah siapa untuk gubahkan? 20 hantaran kot?
· Khemah nak tempah berapa & warna apa? Banyak la duit kena lebur...
· Menu untuk tetamu & makan beradap siapa nak pilih?
· Tempat berkumpul & penginapan rombongan keluarga pihak lelaki siapa nak uruskan?
· Cenderahati & bunga telur siapa yang akan pilih dan buatkan?
Anda Tak Tahu Apa-Apa Nak Buat Persediaan Untuk Kahwin? Bahaya Tu, Takut Kekecohan Nanti...
Ø Tiada masa untuk membuat perancangan majlis perkahwinan kerana sangat sibuk dengan pelbagai urusan harian; Sibuk nak cari duit lagi..
Ø Tiada pengalaman menganjurkan majlis-majlis besar; yela kan, baru 1st time kahwin..
Ø Tahu ada banyak perkara yang perlu dilakukan, tetapi anda tidak tahu yang mana satu hendak dimulakan dulu;
Ø Perlukan lebih banyak idea-idea menarik yang dapat menghasilkan majlis perkahwinan yang LEBIH "happening"! Tapi kekeringan idea, dan tiada masa..
Ø Bertambah tertekan kerana kekurangan modal disebabkan telah silap membeli barang yang tidak perlu hingga berlaku pembaziran?
Ø Tidak tahu bagaimana hendak membuat jadual dan "checklist" yang betul tanpa membuang masa melakukan persiapan yang tidak perlu?
Ø Terpaksa mengambil cuti berulang kali untuk menguruskan permohonan berkahwin memandangkan anda tidak tahu di mana hendak dimulakan?
Ø Pening mengumpulkan saudara mara anda yang sesat semasa dalam perjalanan ke rumah pengantin perempuan?
Ø Terpaksa membeli pelbagai majalah dan membuat pelbagai rujukan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan namun kesudahannya anda jadi keliru?
Ø Asyik duk pening kepala memikirkan apa yang perlu dilakukan terlebih dahulu dan kat mana nak dapatkan semua perkhidmatan kahwin dengan lebih mudah dan menjimatkan kos?
KORANG TAU TAK BAHAWA.......
v Kos akan dapat dikurangkan jika anda membuat perancangan dengan tepat?
v Masa anda dapat dijimatkan jika anda tahu Jabatan Agama mana yang harus anda tuju dan borang apa yang harus anda isi?
v Tidak tertekan jika anda tahu dokumen apa yang anda harus sediakan dan di mana hendak lakukan pemeriksaan kesihatan?
v Persiapan akan jadi lebih mudah jika anda ada "checklist" Belanjawan dan Panduan Persiapan Perkahwinan seawal 6 bulan sebelum majlis?
v Tekanan dapat dielakkan jika anda selalu berbincang dan bermesyuarat dengan ahli keluarga dan teman rapat untuk membantu anda?
v Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya jika anda membuat rujukan yang betul dan membuat keputusan yang tepat
Ha…pening tak? Tak nak start dari mana kalau nak pikir bab persediaan kawin nie..So if sape-sape yang ada pengalaman tu,kongsi-kongsi la eh..